Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا بدا خفُّ المرأةِ؛ بدا ساقُها.
Teks Bahasa Melayu
Apabila terlihat khuf (sejenis kasut kulit) wanita, maka akan terlihat betisnya.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1615, hadis no. 8147. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عائشة - رضي الله عنها-، قالت: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم-: ((إذا بدا خف المرأة؛ بدا ساقها)). [فر، ((الضعيفة)) (2350)].
(Lemah) Daripada Aisyah RHA berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Apabila terlihat khuf (sejenis kasut kulit) wanita, maka akan terlihat betisnya.)) [Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2350].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman