Apabila terjadi hari kiamat, Allah mengumpulkan penduduk syurga dalam saf-saf dan penduduk neraka dalam saf-saf

TEKS BAHASA ARAB

إذا كان يوم القيامة؛ جمع الله أهل الجنة صفوفا، وأهل النار صفوفا، قال: فينظر الرجل من صفوف أهل النار إلى الرجل من صفوف أهل الجنة، فيقول: يا فلان! أما تذكر يوم صنعت إليك في الدنيا معروفا؟! فيأخذ بيده، فيقول: يا رب! إن هذا اصطنع إلي في الدنيا معروفا، فيقال له: أدخله الجنة برحمتي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila terjadi hari kiamat, Allah mengumpulkan penduduk syurga dalam saf-saf dan penduduk neraka dalam saf-saf. Baginda berkata lagi: Lalu seorang lelaki daripada saf-saf penduduk neraka memandang ke arah lelaki daripada saf-saf penduduk syurga, lalu dia berkata: Wahai si fulan! Tidakkah kamu ingat hari yang aku berbuat baik kepadamu di dunia? Lalu lelaki itu (dari kalangan ahli syurga) memegang tangannya, lantas berkata: Wahai Tuhan! Sesungguhnya orang ini telah berbuat baik kepadaku di dunia. Lalu Dia (Allah) berkata kepadanya: Masukkanlah dia ke syurga dengan rahmatku.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 500, hadis nombor 2675. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس بن مالك –رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إذا كان يوم القيامة؛ جمع الله أهل الجنة صفوفا، وأهل النار صفوفا، قال: فينظر الرجل من صفوف أهل النار إلى الرجل من صفوف أهل الجنة، فيقول: يا فلان! أما تذكر يوم صنعت إليك في الدنيا معروفا؟! فيأخذ بيده، فيقول: يا رب! إن هذا اصطنع إلي في الدنيا معروفا، فيقال له: أدخله الجنة برحمتي)). [الأصبهاني، ((الضعيفة)) (5280)].

(Lemah)
Daripada Anas bin Malik RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Apabila terjadi hari kiamat, Allah mengumpulkan penduduk syurga dalam saf-saf dan penduduk neraka dalam saf-saf. Baginda berkata lagi: Lalu seorang lelaki daripada saf-saf penduduk neraka memandang ke arah lelaki daripada saf-saf penduduk syurga, lalu dia berkata: Wahai si fulan! Tidakkah kamu ingat hari yang aku berbuat baik kepadamu di dunia? Lalu lelaki itu (dari kalangan ahli syurga) memegang tangannya, lantas berkata: Wahai Tuhan! Sesungguhnya orang ini telah berbuat baik kepadaku di dunia. Lalu Dia (Allah) berkata kepadanya: Masukkanlah dia ke syurga dengan rahmatku.
[Riwayat al-Asbahani. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4280].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs