TEKS BAHASA ARAB
إذا طلع النجم، رفعت العاهة عن أهل كل بلد.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Apabila terbitnya bintang, terangkatlah bencana (penyakit, musibah, rintangan) daripada penduduk seluruh negeri.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 589, hadis nombor 3022. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة –رضي الله عنه– مرفوعا: ((إذا طلع النجم، رُفعت العاهة عن أهل كل بلد)). [محمد بن الحسن في ((كتاب الآثار))، الثقفي في ((الفوائد))، طص، طس، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (397)].
(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (dinisbahkan kepada Nabi SAW): Apabila terbitnya bintang, terangkatlah bencana (penyakit, musibah, rintangan) daripada penduduk seluruh negeri. [Riwayat Muhammad bin al-Hasan dalam kitab al-Athar, Riwayat al-Thaqafi dalam al-Fawa’id, Riwayat al-Tabarani dalam kitab Mu’jam al-Awsat dan Mu’jam al-Saghir, Riwayat Abu Nu'aim dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 397].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.