Apabila (tempat) perang kamu jauh

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إذا ‌انتاط غزوكم، وكثرت العزائم، واستحلت الغنائم، فخير أعمالكم الرباط.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila (tempat) perang kamu jauh dan semakin ramai para pemerintah mengarahkan rakyatnya berperang, manakala harta rampasan perang pula diambil oleh mereka sahaja, maka sebaik-baik amalan kamu ialah berkawal di sempadan (tak menyertai perang).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 981, hadis nombor 5059. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عتبة بن الندر – رضي الله عنه – مرفوعا: ((إذا ‌انتاط غزوكم، وكثرت العزائم، واستحلت الغنائم، فخير أعمالكم الرباط)). [حب، ابن أبي عاصم في ((الجهاد))، المخلص في ((الفوائد المنتقاة))، خط، ((الضعيفة)) (1921)]

(Lemah) Daripada Utbah bin al-Nadr RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila (tempat) perang kamu jauh dan semakin ramai para pemerintah mengarahkan rakyatnya berperang, manakala harta rampasan perang pula diambil oleh mereka sahaja, maka sebaik-baik amalan kamu ialah berkawal di sempadan (tak menyertai perang). [Riwayat Ṣaḥīḥ Ibn Ḥibbān, Ibnu Abi ‘Asim dalam al-Jihad, al-Mukhlis dalam al-Fawaidul Muntaqah, dan al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1921]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.