Apabila telinga salah seorang daripada kalian berdesing, maka ingatlah kepadaku dan berselawatlah kepadaku

TEKS BAHASA ARAB

إذا طنت أذن أحدكم فليذكرني وليصل علي وليقل: ذكر الله من ذكرني بخير.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila telinga salah seorang daripada kalian berdesing, maka ingatlah kepadaku dan berselawatlah kepadaku serta ucapkanlah: Semoga Allah mengingati orang yang mengingatiku dengan kebaikan.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1437, hadis nombor 7305. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أبي رافع رضي الله عنه مرفوعا: إذا طنت أذن أحدكم فليذكرني وليصل علي وليقل: ذكر الله من ذكرني بخير.
[الروياني، البزار، طص، طس، الشجري، ((الضعيفة)) (2631)].

(Palsu)
Daripada Abi Rāfi‘ RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila telinga salah seorang daripada kalian berdesing, maka ingatlah kepadaku dan berselawatlah kepadaku serta ucapkanlah: Semoga Allah mengingati orang yang mengingatiku dengan kebaikan.
[Riwayat al-Rūyānī dalam Musnadnya, al-Bazzār dalam Musnadnya, al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Ṣaghīr dan al-Mu‘jam al-Awsaṭ, al-Shajarī dalam al-Amālī. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2631]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs