TEKS BAHASA ARAB
إذا كانت ليلة النصف من شعبان، فقوموا ليلها، وصوموا نهارها، فإن الله ينزل فيها لغروب الشمس إلى السماء الدنيا، فيقول: ألا من مستغفر لي فأغفر له؟ ألا مسترزق فأرزقه؟ ألا مبتلى فأعافيه؟ ألا كذا ألا كذا؟ حتى يطلع الفجر.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Apabila telah masuk malam pertengahan di bulan Sya’ban (Nisfu Syaaban), maka dirikanlah qiyam pada malam tersebut, dan berpuasalah pada siang harinya itu, sesungguhnya Allah akan turun ke langit bumi ketika waktu matahari tenggelam, kemudian Dia berkata : "Adakah ada orang yang ingin memohon keampunan kepada-Ku ini lalu Aku ampunkannya? adakah ada orang yang ingin memohon rezeki daripada-Ku ini lalu Aku rezekikan kepadanya? dan adakah ada orang yang mendapat dugaan (dan memerlukan pertolonganKu) lalu Aku berikannya pertolongan? dan adakah begitu dan adakah begini? sehingga terbit fajar.
STATUS
Palsu sanadnya
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1135, hadis nombor 5728. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع السند)
عن علي -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله ﷺ: ((إذا كانت ليلة النصف من شعبان، فقوموا ليلها، وصوموا نهارها، فإن الله ينزل فيها لغروب الشمس إلى السماء الدنيا، فيقول: ألا من مستغفر لي فأغفر له؟ ألا مسترزق فأرزقه؟ ألا مبتلى فأعافيه؟ ألا كذا ألا كذا؟ حتى يطلع الفجر)).
[ه، ابن الجوزي في ((العلل))، هب، وفي ((فضائل الأوقات))، ((الضعيفة)) (2132)]
(Palsu sanadnya)
Daripada ‘Ali RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Apabila telah masuk malam pertengahan di bulan Sya’ban (Nisfu Syaaban), maka dirikanlah qiyam pada malam tersebut, dan berpuasalah pada siang harinya itu, sesungguhnya Allah akan turun ke langit bumi ketika waktu matahari tenggelam, kemudian Dia berkata : "Adakah ada orang yang ingin memohon keampunan kepada-Ku ini lalu Aku ampunkannya? adakah ada orang yang ingin memohon rezeki daripada-Ku ini lalu Aku rezekikan kepadanya? dan adakah ada orang yang mendapat dugaan (dan memerlukan pertolonganKu) lalu Aku berikannya pertolongan? dan adakah begitu dan adakah begini? sehingga terbit fajar."
[Riwayat Ibn Majah dalam al-Sunan, Ibn Jawzi dalam al-‘Ilal dan al-Bayhaqi dalam Fadha’il al-Awqat’. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 2132].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.