Apabila telah banyak berlakunya fitnah, maka hendaklah kamu berpegang kepada Yaman

TEKS BAHASA ARAB

” إذا كثرت الفتن فعليكم بأطراف اليمن “.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila telah banyak berlakunya fitnah (bencana), maka hendaklah kamu berpegang kepada Yaman.

STATUS

Tidak diketahui

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 124, hadis nombor 160. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قَالَ ابْنُ تَيْمِيَةَ: هَذَا اللَّفْظُ لَا يُعْرَفُ. وَالَّذِي فِي ” السُّنَنِ “: ” عَلَيْكُمْ بِالْيَمَنِ ” وَحَذَّرَ عَنِ الْعِرَاقِ. وَفِي لَفْظٍ: ” جُنْدٌ بِالْيَمَنِ وَجُنْدٌ بِالشَّامِ ” فَقَالَ رَجُلٌ: يَا رَسُولَ اللَّهِ اخْتَرْ لِي. فَقَالَ: ” عَلَيْكَ بِالشَّامِ، فَإِنَّهَا خِيرَةُ اللَّهِ فِي أَرْضِهِ، يَحْشُرُ إِلَيْهَا خِيرَتَهُ مِنْ عِبَادِهِ “.

Ibnu Taimiyyah telah berkata: Lafaz ini tidak diketahui dan lafaz yang berada dalam Sunan adalah: Lazimilah Yaman dan baginda memberi amaran tentang ‘Iraq, dan pada lafaz yang lain: Ada tentera di Yaman dan tentera di Syam, maka seorang lelaki telah berkata: Wahai Rasulullah, pilihlah aku untuk diriku ini menyertai tentera yang mana aku boleh sertainya, lalu baginda Nabi Muhammad sallallahhu ‘alaihi wasalam telah berkata: Sertailah tentera Syam, sesungguhnya Allah telah memilih Syam di buminya (dan sesungguhnya di sana juga terdapat hamba-hamba pilihan daripada Allah di bumi) dan telah dikumpulnya sebaik-baik hamba Allah.

RUJUKAN

Mar‘ī bin Yūsuf Al-Karmī Al-Maqdisī. (1998). Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah (Muḥammad bin Luṭfī Al-Ṣabbāgh, Ed.). Dār Al-Warrāq.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs