Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يا أمَّ سلمةَ! إذا تَحَوَّلتْ هذهِ التُّربةُ دمًا فاعلمي أنَّ ابني قد قُتِلَ.
Teks Bahasa Melayu
Wahai Ummu Salamah! Apabila tanah ini berubah menjadi darah, maka ketahuilah bahawa anakku ini telah dibunuh.
Sahabat Perawi
- Ummi Salamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1393, hadis no. 7069. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أم سلمة رضي الله عنها، قالت: كان الحسن والحسين رضي الله عنهما يلعبان بين يدي النبي صلى الله عليه وسلم في بيتي، فنزل جبريل عليه السلام فقال: يا محمد! إن أمتك تقتل ابنك هذا من بعدك. فأومأ بيده إلى الحسين؛ فبكى رسول الله صلى الله عليه وسلم، وضمه إلى صدره، ثم قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: وديعة عندك هذه التربة. فشمها رسول الله صلى الله عليه وسلم، وقال: يا أم سلمة! إذا تحولت هذه التربة دما فاعلمي أن ابني قد قتل. فجعلتها أم سلمة في قارورة، ثم جعلت تنظر إليها كل يوم، وتقول: إن يوما تحولين دما ليوم عظيم. [طب، الشجري، ((الضعيفة)) (6604)]
(Palsu) Daripada Ummi Salamah RA, katanya: Al-Hasan RA dan al-Husain RA sedang bermain di hadapan Nabi SAW di rumahku, lalu Jibril AS pun turun lantas berkata: Wahai Muhammad! Sesungguhnya umatmu akan membunuh anakmu ini selepas kewafatanmu. Jibril menunjukkan ke arah al-Husain; Rasulullah SAW pun menangis dan memeluk al-Husain ke dadanya, kemudian Rasulullah SAW bersabda: Ku titipkan tanah ini kepadamu (Ummu Salamah). Rasulullah SAW pun mencium tanah tersebut seraya bersabda: Wahai Ummu Salamah! Apabila tanah ini berubah menjadi darah, maka ketahuilah bahawa anakku ini telah dibunuh. Lalu Ummu Salamah pun menyimpannya dalam satu bekas, kemudian beliau setiap hari melihat pada tanah tersebut seraya berkata: Sesungguhnya hari engkau bertukar menjadi darah adalah satu hari yang besar. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir dan al-Shajari. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6604]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman