Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا عاهةٌ نَزَلَتْ من السماءِ، صُرِفَتْ عن عُمَّارِ المساجدِ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila suatu musibah turun dari langit, maka ia akan dipalingkan dari golongan yang mengimarahkan masjid.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 255, hadis no. 1323. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أنس بن مالك - رضي الله عنه - مرفوعا: ((إذا عاهة نزلت من السماء، صرفت عن عمار المساجد)). [أبو نعيم في أخبار أصبهان، ((الضعيفة)) (1851، 2449)]
(Munkar) Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila suatu musibah turun dari langit, maka ia akan dipalingkan dari golongan yang mengimarahkan masjid. [Riwayat Abu Nu‘aym dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 1851, 2449]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman