Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا اجتمع القوم في سفر فليجمعوا نفقاتهم عند أحدهم فإنه أطيب لنفوسهم وأحسن لأخلاقهم.
Teks Bahasa Melayu
Apabila suatu kaum berkumpul ketika bermusafir, maka hendaklah mereka mengumpulkan perbelanjaan mereka pada salah seorang daripada kalangan mereka. Kerana sesungguhnya perkara itu adalah lebih menenangkan diri mereka dan lebih baik untuk akhlak mereka.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 998, hadis no. 5143. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada Abdullah bin 'Amr RA, beliau meriwayatkan secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila suatu kaum berkumpul ketika bermusafir, maka hendaklah mereka mengumpulkan perbelanjaan mereka pada salah seorang daripada kalangan mereka. Kerana sesungguhnya perkara itu adalah lebih menenangkan diri mereka dan lebih baik untuk akhlak mereka. [Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Dha’ifah no. 4135]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman