Apabila suatu hari itu panas, maka Allah Taala akan memalingkan pendengaran-Nya dan penglihatan-Nya kepada penduduk langit dan penduduk bumi

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إذا كان يوم حار؛ ألقى الله – تعالى – سمعه وبصره إلى أهل السماء وأهل الأرض، فإذا قال العبد: (لا إله إلا الله)، ما أشد حر هذا اليوم! اللهم! أجرني من حر جهنم؛ قال الله – عز وجل – لجهنم: إن عبدا من عبادي استجارني منك، وإني أشهدك أني قد أجرته. فإذا كان يوم شديد البرد، ألقى الله سمعه وبصره إلى أهل السماء والأرض، فإذا قال العبد: (لا إله إلا الله) ما أشد برد هذا اليوم! اللهم! أجرني من زمهرير جهنم؛ قال الله – عز وجل – لجهنم: إن عبداً من عبادي استجارني من زمهريرك، وإني أشهدك أني قد أجرته فقالوا: وما زمهریر جهنم؟ قال: بيت يلقى فيه الكافر، فينهزّ من شدة بردها بعضه من بعض.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila suatu hari itu panas, maka Allah Taala akan memalingkan pendengaran-Nya dan penglihatan-Nya kepada penduduk langit dan penduduk bumi. Maka apabila seorang hamba itu berkata: “Tiada Tuhan selain Allah, sungguh panas cuaca pada hari ini! Wahai Tuhanku, jauhkanlah daku daripada panas neraka jahanam.” Maka Allah Azzawajalla berfirman kepada neraka jahanam: "Sesungguhnya ada seorang hamba daripada hamba-hamba-Ku memohon jauh daripadamu kepada-Ku dan sungguh Aku bersaksi kepadamu bahwa Aku telah menjauhkan dia. Manakala apabila hari itu sangat sejuk, maka Allah akan memalingkan pendengaran-Nya dan penglihatan-Nya kepada penduduk langit dan bumi. Apabila seorang hamba itu berkata: “Tiada Tuhan selain Allah, sungguh sejuk cuaca hari ini! Wahai Tuhanku! Jauhkanlah daku daripada Zamharir neraka jahanam.” Maka Allah Azzawajalla berfirman kepada neraka jahanam: “Sesungguhnya seorang hamba daripada hamba-hamba-Ku memohon jauh daripada Zamharir kamu kepada-Ku dan sungguh Aku bersaksi bahawa Aku telah menjauhkan dia”. Mereka (sahabat) pun bertanya: “Apakah itu Zamharir jahanam?” Baginda menjawab: “Kediaman yang dicampakkan orang kafir ke dalamnya, lalu dia menggigil satu sama lain kerana kesejukanya yang teramat sangat”.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 532, hadis nombor 2818. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منکر) عن أبي سعيد الخدري أو عن أبي هريرة – رضي الله عنهما – إن رسول الله ﷺ قال: «إذا كان يوم حار؛ ألقى الله – تعالى – سمْعه وبصره إلى أهل السماء وأهل الأرض، فإذا قال العبد: (لا إله إلا الله)، ما أشد حر هذا اليوم! اللهم! أجرني من حر جهنم؛ قال الله – عز وجل – لجهنم: إن عبداً من عبادي استجارني منك، وإني أشهدك أني قد أجرته. فإذا كان يوم شديد البرد، ألقى الله سمعه وبصره إلى أهل السماء والأرض، فإذا قال العبد: (لا إله إلا الله) ما أشد برد هذا اليوم! اللهم! أجرني من زمهرير جهنم؛ قال الله – عز وجل – لجهنم: إن عبداً من عبادي استجارني من زمهريرك، وإني أشهدك أني قد أجرته فقالوا: وما زمهریر جهنم؟ قال: بيت يلقى فيه الكافر، فينهزّ من شدة بردها بعضه من بعض». [ابن السني، البيهقي في «الأسماء والصفات»، «الضعيفة» (6428)].

(Munkar) Daripada Abū Sa‘īd al-Khudrī atau Abū Hurairah RA, sesungguhnya Rasulullah ﷺ bersabda: Apabila suatu hari itu panas, maka Allah Taala akan memalingkan pendengaran-Nya dan penglihatan-Nya kepada penduduk langit dan penduduk bumi. Maka apabila seorang hamba itu berkata: “Tiada Tuhan selain Allah, sungguh panas cuaca pada hari ini! Wahai Tuhanku, jauhkanlah daku daripada panas neraka jahanam.” Maka Allah Azzawajalla berfirman kepada neraka jahanam: "Sesungguhnya ada seorang hamba daripada hamba-hamba-Ku memohon jauh daripadamu kepada-Ku dan sungguh Aku bersaksi kepadamu bahwa Aku telah menjauhkan dia. Manakala apabila hari itu sangat sejuk, maka Allah akan memalingkan pendengaran-Nya dan penglihatan-Nya kepada penduduk langit dan bumi. Apabila seorang hamba itu berkata: “Tiada Tuhan selain Allah, sungguh sejuk cuaca hari ini! Wahai Tuhanku! Jauhkanlah daku daripada Zamharir neraka jahanam.” Maka Allah Azzawajalla berfirman kepada neraka jahanam: “Sesungguhnya seorang hamba daripada hamba-hamba-Ku memohon jauh daripada Zamharir kamu kepada-Ku dan sungguh Aku bersaksi bahawa Aku telah menjauhkan dia”. Mereka (sahabat) pun bertanya: “Apakah itu Zamharir jahanam?” Baginda menjawab: “Kediaman yang dicampakkan orang kafir ke dalamnya, lalu dia menggigil satu sama lain kerana kesejukanya yang teramat sangat”. [Riwayat Ibn al-Sunnī dalam ‘Amal al-Yawm wa al-Laylah dan al-Bayhaqī dalam al-Asmā’ wa al-Ṣifāt. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6428].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.