Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِذَا كَانَ يَوْمٌ حَارٌّ؛ أَلْقَى اللَّهُ - تَعَالَى - سَمْعَهُ وَبَصَرَهُ إِلَى أَهْلِ السَّمَاءِ وَأَهْلِ الْأَرْضِ، فَإِذَا قَالَ الْعَبْدُ: (لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ)، مَا أَشَدَّ حَرَّ هَذَا الْيَوْمِ! اللَّهُمَّ! أَجِرْنِي مِنْ حَرِّ جَهَنَّمَ؛ قَالَ اللَّهُ - عَزَّ وَجَلَّ - لِجَهَنَّمَ: إِنَّ عَبْداً مِنْ عِبَادِي اسْتَجَارَنِي مِنْكِ، وَإِنِّي أُشْهِدُكِ أَنِّي قَدْ أَجَرْتُهُ. فَإِذَا كَانَ يَوْمٌ شَدِيدُ الْبَرْدِ، أَلْقَى اللَّهُ سَمْعَهُ وَبَصَرَهُ إِلَى أَهْلِ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ، فَإِذَا قَالَ الْعَبْدُ: (لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ) مَا أَشَدَّ بَرْدَ هَذَا الْيَوْمِ! اللَّهُمَّ! أَجِرْنِي مِنْ زَمْهَرِيرِ جَهَنَّمَ؛ قَالَ اللَّهُ - عَزَّ وَجَلَّ - لِجَهَنَّمَ: إِنَّ عَبْداً مِنْ عِبَادِي اسْتَجَارَنِي مِنْ زَمْهَرِيرِكِ، وَإِنِّي أُشْهِدُكِ أَنِّي قَدْ أَجَرْتُهُ فَقَالُوا: وَمَا زَمْهَرِيرُ جَهَنَّمَ؟ قَالَ: بَيْتٌ يُلْقَى فِيهِ الْكَافِرُ، فَيَنهزُّ مِنْ شِدَّةِ بَرْدِهَا بَعْضُهُ مِنْ بَعْضٍ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila suatu hari itu panas, maka Allah Taala akan memalingkan pendengaran-Nya dan penglihatan-Nya kepada penduduk langit dan penduduk bumi. Maka apabila seorang hamba itu berkata: “Tiada Tuhan selain Allah, sungguh panas cuaca pada hari ini! Wahai Tuhanku, jauhkanlah daku daripada panas neraka jahanam.” Maka Allah Azzawajalla berfirman kepada neraka jahanam: "Sesungguhnya ada seorang hamba daripada hamba-hamba-Ku memohon jauh daripadamu kepada-Ku dan sungguh Aku bersaksi kepadamu bahwa Aku telah menjauhkan dia. Manakala apabila hari itu sangat sejuk, maka Allah akan memalingkan pendengaran-Nya dan penglihatan-Nya kepada penduduk langit dan bumi. Apabila seorang hamba itu berkata: “Tiada Tuhan selain Allah, sungguh sejuk cuaca hari ini! Wahai Tuhanku! Jauhkanlah daku daripada Zamharir neraka jahanam.” Maka Allah Azzawajalla berfirman kepada neraka jahanam: “Sesungguhnya seorang hamba daripada hamba-hamba-Ku memohon jauh daripada Zamharir kamu kepada-Ku dan sungguh Aku bersaksi bahawa Aku telah menjauhkan dia”. Mereka (sahabat) pun bertanya: “Apakah itu Zamharir jahanam?” Baginda menjawab: “Kediaman yang dicampakkan orang kafir ke dalamnya, lalu dia menggigil satu sama lain kerana kesejukanya yang teramat sangat”.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
- Abu Sa'id al-Khudri RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 532, hadis no. 2818.
(Munkar) Daripada Abū Sa‘īd al-Khudrī atau Abū Hurairah RA, sesungguhnya Rasulullah ﷺ bersabda: Apabila suatu hari itu panas, maka Allah Taala akan memalingkan pendengaran-Nya dan penglihatan-Nya kepada penduduk langit dan penduduk bumi. Maka apabila seorang hamba itu berkata: “Tiada Tuhan selain Allah, sungguh panas cuaca pada hari ini! Wahai Tuhanku, jauhkanlah daku daripada panas neraka jahanam.” Maka Allah Azzawajalla berfirman kepada neraka jahanam: "Sesungguhnya ada seorang hamba daripada hamba-hamba-Ku memohon jauh daripadamu kepada-Ku dan sungguh Aku bersaksi kepadamu bahwa Aku telah menjauhkan dia. Manakala apabila hari itu sangat sejuk, maka Allah akan memalingkan pendengaran-Nya dan penglihatan-Nya kepada penduduk langit dan bumi. Apabila seorang hamba itu berkata: “Tiada Tuhan selain Allah, sungguh sejuk cuaca hari ini! Wahai Tuhanku! Jauhkanlah daku daripada Zamharir neraka jahanam.” Maka Allah Azzawajalla berfirman kepada neraka jahanam: “Sesungguhnya seorang hamba daripada hamba-hamba-Ku memohon jauh daripada Zamharir kamu kepada-Ku dan sungguh Aku bersaksi bahawa Aku telah menjauhkan dia”. Mereka (sahabat) pun bertanya: “Apakah itu Zamharir jahanam?” Baginda menjawab: “Kediaman yang dicampakkan orang kafir ke dalamnya, lalu dia menggigil satu sama lain kerana kesejukanya yang teramat sangat”. [Riwayat Ibn al-Sunnī dalam ‘Amal al-Yawm wa al-Laylah dan al-Bayhaqī dalam al-Asmā’ wa al-Ṣifāt. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6428].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman