Apabila suatu hadis sampai kepadanya, lalu dia mendustakannya, maka dia telah mendustakan tiga perkara

TEKS BAHASA ARAB

من بلغه عني حديث فكذب به؛ فقد كذب ثلاثة: الله، ورسوله، والذي حدث به.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang sampai kepadanya suatu hadis lalu dia mendustakannya, maka dia telah mendustakan tiga perkara iaitu Allah, RasulNya dan orang yang menyampaikan hadis.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1288, hadis nombor 6591. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن جابر رضي الله عنه مرفوعا: من بلغه عني حديث، فكذب به؛ فقد كذب ثلاثة: الله، ورسوله، والذي حدث به.
[طس، ((الضعيفة)) (5217، 5841)]

(Lemah)
Daripada Jabir RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang sampai kepadanya suatu hadis lalu dia mendustakannya, maka dia telah mendustakan tiga perkara iaitu Allah, RasulNya dan orang yang menyampaikan hadis.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5217, 5841]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs