Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من بلغَهُ عنِّي حديثٌ فَكذَّبَ بِهِ؛ فقد كذَّبَ ثلاثةً: اللَّهَ، ورسولَهُ، والَّذي حدَّثَ بِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang sampai kepadanya suatu hadis lalu dia mendustakannya, maka dia telah mendustakan tiga perkara iaitu Allah, RasulNya dan orang yang menyampaikan hadis.
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1288, hadis no. 6591. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن جابر رضي الله عنه مرفوعا: من بلغه عني حديث، فكذب به؛ فقد كذب ثلاثة: الله، ورسوله، والذي حدث به. [طس، ((الضعيفة)) (5217، 5841)]
(Lemah) Daripada Jabir RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang sampai kepadanya suatu hadis lalu dia mendustakannya, maka dia telah mendustakan tiga perkara iaitu Allah, RasulNya dan orang yang menyampaikan hadis. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5217, 5841]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman