Apabila sesuatu kaum itu memasuki rumah seorang lelaki

TEKS BAHASA ARAB

إذا دخل قوم منزل رجل كان رب المنزل أمير القوم حتى يخرجوا من منزله طاعته عليهم واجبة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila sesuatu kaum itu memasuki rumah seorang lelaki, maka tuan rumah tersebut adalah ketua bagi kaum tersebut sehinggalah mereka keluar daripada rumahnya. Ketaatan mereka kepada lelaki tersebut adalah wajib.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 178 hadis nombor 907. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أبي هريرة – رضي الله عنه – مرفوعاً: إذا دخل قوم منزل رجل كان رب المنزل أمير القوم حتى يخرجوا من منزله طاعته عليهم واجبة.
[أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، فر، ((الضعيفة)) (1425)]

(Palsu)
Daripada Abu Hurairah RA secara Marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila sesuatu kaum itu memasuki rumah seorang lelaki, maka tuan rumah tersebut adalah ketua bagi kaum tersebut sehinggalah mereka keluar daripada rumahnya. Ketaatan mereka kepada lelaki tersebut adalah wajib.
[Riwayat Abu Nu’aim dalam Akhbar Asbahan, al-Dailami dalam al-Firdaws Lil-Daylamī. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 1425]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs