Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Apabila sesuatu kaum itu memasuki rumah seorang lelaki

Teks Bahasa Arab

إذا دخل قومٌ مَنْزِلَ رجلٍ كان ربُّ المنزِلِ أَمِيرَ القومِ حتى يخرجوا من مَنْزِلِهِ طاعتُهُ عليهم واجبةٌ.

Teks Bahasa Melayu

Apabila sesuatu kaum itu memasuki rumah seorang lelaki, maka tuan rumah tersebut adalah ketua bagi kaum tersebut sehinggalah mereka keluar daripada rumahnya. Ketaatan mereka kepada lelaki tersebut adalah wajib.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 178, hadis no. 907. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أبي هريرة - رضي الله عنه - مرفوعاً: إذا دخل قوم منزل رجل كان رب المنزل أمير القوم حتى يخرجوا من منزله طاعته عليهم واجبة.
[أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، فر، ((الضعيفة)) (1425)]

(Palsu) Daripada Abu Hurairah RA secara Marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila sesuatu kaum itu memasuki rumah seorang lelaki, maka tuan rumah tersebut adalah ketua bagi kaum tersebut sehinggalah mereka keluar daripada rumahnya. Ketaatan mereka kepada lelaki tersebut adalah wajib. [Riwayat Abu Nu’aim dalam Akhbar Asbahan, al-Dailami dalam al-Firdaws Lil-Daylamī. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 1425]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.