Apabila sesuatu harta seorang lelaki itu hilang atau dicuri

TEKS BAHASA ARAB

إذا ضاع للرجل متاع أو سرق له متاع، فوجده في يد رجل يبيعه، فهو أحق به، ويرجع ‌المشتري على البائع بالثمن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila sesuatu harta seorang lelaki itu hilang atau dicuri, kemudian dia menemuinya pada seseorang yang sedang menjualnya, maka dialah (pemiliki asal) yang paling berhak untuknya. Si pembeli hendaklah kembali kepada si penjual (untuk mendapatkan) wang bayarannya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 598, hadis nombor 3085. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن سمرة بن جندب – رضي الله عنه – مرفوعا: ((إذا ضاع للرجل متاع أو سرق له متاع، فوجده في يد رجل يبيعه، فهو أحق به، ويرجع ‌المشتري على البائع بالثمن)). [ه، قط، ((الضعيفة)) (1627)].

(Lemah) Daripada Samurah bin Jundub RA secara marfu’ (dinisbahkan kepada Nabi SAW): ((Apabila sesuatu harta seorang lelaki itu hilang atau dicuri, kemudian dia menemuinya pada seseorang yang sedang menjualnya, maka dialah (pemiliki asal) yang paling berhak untuknya. Si pembeli hendaklah kembali kepada si penjual (untuk mendapatkan) wang bayarannya.)) [Diriwayatkan oleh Ibn Majah dalam Sunannya dan al-Daruqutni dalam Sunannya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1627].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs