Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Apabila sesuatu harta seorang lelaki itu hilang atau dicuri

Teks Bahasa Arab

إذا ضاع للرجلِ متاعٌ، أو سُرِقَ له متاعٌ، فوجده في يَدِ رجلٍ يبيعُه، فهو أَحَقُّ به، ويَرجِعُ المشتري على البائعِ بالثمَنِ.

Teks Bahasa Melayu

Apabila sesuatu harta seorang lelaki itu hilang atau dicuri, kemudian dia menemuinya pada seseorang yang sedang menjualnya, maka dialah (pemiliki asal) yang paling berhak untuknya. Si pembeli hendaklah kembali kepada si penjual (untuk mendapatkan) wang bayarannya.

Sahabat Perawi

  1. Samurah bin Jundub RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 598, hadis no. 3085.

(ضعيف) عن سمرة بن جندب – رضي الله عنه – مرفوعا: ((إذا ضاع للرجل متاع أو سرق له متاع، فوجده في يد رجل يبيعه، فهو أحق به، ويرجع ‌المشتري على البائع بالثمن)). [ه، قط، ((الضعيفة)) (1627)].

(Lemah) Daripada Samurah bin Jundub RA secara marfu’ (dinisbahkan kepada Nabi SAW): ((Apabila sesuatu harta seorang lelaki itu hilang atau dicuri, kemudian dia menemuinya pada seseorang yang sedang menjualnya, maka dialah (pemiliki asal) yang paling berhak untuknya. Si pembeli hendaklah kembali kepada si penjual (untuk mendapatkan) wang bayarannya.)) [Diriwayatkan oleh Ibn Majah dalam Sunannya dan al-Daruqutni dalam Sunannya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1627].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.