Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Apabila sesuatu golongan memperhiaskan dan mempercantikkan amal akhirat untuk tujuan dunia

Teks Bahasa Arab

إِذا تَزَيَّنَ القَوْمُ بالآخِرَةِ وَتَجَمَّلُوا لِلدُّنْيا فالنَّارُ مَأواهُمْ.

Teks Bahasa Melayu

Apabila sesuatu golongan memperhiaskan dan mempercantikkan amal akhirat untuk tujuan dunia, maka nerakalah tempat mereka kembali.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 11, hadis no. 37. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Dalam penilaian kritikan saya, hadith ini palsu

Rujukan

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.