Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Apabila seseorang tidur sebelum mendirikan solat Isyak

Teks Bahasa Arab

حديث: "إِذَا رَقَدَ الْمَرْءُ قَبَلَ أَنْ يُصَلِّيَ الْعَتَمَةَ وَقَفَ عَلَيْهِ مَلَكَانِ يُوقِظَانِهِ يَقُولانِ: الصَّلاةَ، ثُمَّ يُوَلِّيَانِ عَنْهُ، وَيَقُولانِ: رَقَدَ الْخَاسِرُ".

Teks Bahasa Melayu

Hadith: “Apabila seseorang tidur sebelum mendirikan solat Isyak, datang dua malaikat yang mengejutkannya dan berkata: Solat, kemudian kedua malaikat beredar darinya dan berkata: Telah tidur orang yang rugi”.

Sahabat Perawi

  1. ِAbu Hurairah

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 16, hadis no. 5. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الخطيب عن أبي هريرة مرفوعا وهو موضوع.

Riwayat al-Khatib daripada Abu Hurairah secara marfu’ (yang disandarkan kepada nabi ) dan hadith ini palsu.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.