TEKS BAHASA ARAB
إذا عطس العاطس؛ فشمته؛ من شمت عاطسا؛ ذهب عنه ذات الجنب.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Apabila seseorang terbersin, maka doakannya (dengan ucapan Yarhamukallah). Barang siapa mendoakan orang yang bersin, nescaya hilang daripadanya penyakit radang paru-paru.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1184, hadis nombor 6005. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن حذيفة – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((إذا عطس العاطس؛ فشمته؛ من شمت عاطسا؛ ذهب عنه ذات الجنب)). [الطبراني في ((مسند الشاميين))، ((الضعيفة)) (5569)]
(Palsu) Daripada Huzaifah RA telah berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:Apabila seseorang terbersin, maka doakannya (dengan ucapan Yarhamukallah). Barang siapa mendoakan orang yang bersin, nescaya hilang daripadanya penyakit radang paru-paru. [Riwayat al-Tabarani dalam Musnad Syamiyyin. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5569]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.