Apabila seseorang mukmin itu dipuji wajahnya, nescaya iman di dalam hatinya akan meningkat

TEKS BAHASA ARAB

إذا مدح المؤمن في وجهه، ربا الإيمان في قلبه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila seseorang mukmin itu dipuji wajahnya, nescaya iman di dalam hatinya akan meningkat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 456, hadis nombor 2441. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أسامة بن زيد – رضي الله عنهما – مرفوعا: «إذا مدح المؤمن في وجهه، ربا الإيمان في قلبه». [طب، ك، «الضعيفة» (1638)].

(Lemah) Daripada Usamah bin Zayd RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): “Apabila seseorang mukmin itu dipuji wajahnya, nescaya iman di dalam hatinya akan meningkat.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1638].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs