Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ الرجلَ إذا نزَع ثمرةً من الجنةِ عادت مكانَها أُخْرَى.
Teks Bahasa Melayu
Apabila seseorang memetik sebiji buah dari syurga, maka ia akan tumbuh semula.
Sahabat Perawi
- Thauban RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 661, hadis no. 3410. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ثوبان -رضي الله عنه- مرفوعاً: ((إن الرجل إذا نزع ثمرة من الجنة عادت مكانها أخرى)). [البزار، طب، ((الضعيفة)) (3004)]
(Lemah) Daripada Thauban RA secara marfu’: “Apabila seseorang memetik sebiji buah dari syurga, maka ia akan tumbuh semula.” [Riwayat al-Bazzar dalam al-Musnad, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3004]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman