Apabila seseorang lelaki telah bersumpah kepada kamu, hendaklah kamu membenarkan sumpahnya

TEKS BAHASA ARAB

إذا حلف لك الرجل فلا يحل لك إلا أن تصدقه وإن كذب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila seseorang lelaki telah bersumpah kepada kamu, hendaklah kamu membenarkan sumpahnya, meskipun (kamu tahu) dia berbohong (dalam sumpahnya).

STATUS

Sangat munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 222, hadis nombor 1178. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جدا) عن معاوية – رضي الله عنه – عن النبي – صلى الله عليه وسلم – قال: ((إذا حلف لك الرجل فلا يحل لك إلا أن تصدقه وإن كذب)). [ابن حبان في ((الثقات))، ((الضعيفة)) (5769)]

(Sangat Munkar)
Daripada Muawiyah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang lelaki telah bersumpah kepada kamu, hendaklah kamu membenarkan sumpahnya, meskipun (kamu tahu) dia berbohong (dalam sumpahnya).
[Riwayat Ibn Hibban dalam al-Tsiqat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5769]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs