Apabila seseorang lelaki masuk ke rumah saudaranya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إذا دخل الرجل على أخيه فهو أمير عليه حتى يخرج من عنده.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila seseorang lelaki masuk ke rumah saudaranya maka dialah (saudaranya itu) yang menjadi ketua ke atas dirinya sehinggalah dia keluar dari sisinya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 178 hadis nombor 908. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أبي أمامة – رضي الله عنه – مرفوعاً: إذا دخل الرجل على أخيه فهو أمير عليه حتى يخرج من عنده.
[عد، ((الضعيفة)) (1424)]

(Palsu)
Daripada Abu Umamah RA secara Marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila seseorang lelaki masuk ke rumah saudaranya maka dialah (saudaranya itu) yang menjadi ketua ke atas dirinya sehinggalah dia keluar dari sisinya.
[Riwayat Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu’afa’. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 1424]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.