Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا دخل الرجلُ على أخيه فهو أميرٌ عليه حتى يَخْرُجَ من عنده.
Teks Bahasa Melayu
Apabila seseorang lelaki masuk ke rumah saudaranya maka dialah (saudaranya itu) yang menjadi ketua ke atas dirinya sehinggalah dia keluar dari sisinya.
Sahabat Perawi
- Abu Umamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 178, hadis no. 908. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي أمامة - رضي الله عنه - مرفوعاً: إذا دخل الرجل على أخيه فهو أمير عليه حتى يخرج من عنده. [عد، ((الضعيفة)) (1424)]
(Palsu) Daripada Abu Umamah RA secara Marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila seseorang lelaki masuk ke rumah saudaranya maka dialah (saudaranya itu) yang menjadi ketua ke atas dirinya sehinggalah dia keluar dari sisinya. [Riwayat Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu’afa’. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 1424]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman