Apabila seseorang lelaki itu mempunyai hak ke atas seorang lelaki yang lain

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إذا كان للرجل على الرجل حق، فأخره إلى أجله كان له صدقة، فإن أخره بعد أجله كان له بكل يوم صدقة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila seseorang lelaki itu mempunyai hak ke atas seorang lelaki yang lain (hutang yang diberi kepada orang lain), lalu dia menangguhkan waktu pembayaran kepada peminjam sehingga hari terakhir, maka baginya pahala sedekah. Sekiranya dia menangguhkannya setelah lebih dari tempoh asalnya, maka baginya pahala sedekah pada setiap hari (tersebut).

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 141, hadis nombor 708. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عمران بن حصين، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((إذَا كَانَ لِلرَّجُلِ عَلَى الرَجُل حَقٌّ، فَأَخَّرَهُ إِلَى أَجَلِهِ كَانَ لَهُ صَدَقَةٌ، فَإِنْ أَخَّرَهُ بَعْدَ أَجَلِهِ كَانَ لَهُ بِكُلِّ يَوْمٍ صَدَقَةٌ)). [طب، ((الضعيفة)) (6998)]

(Palsu)
Daripada ‘Imrān bin Huṣain, beliau berkata: Nabi SAW bersabda: Apabila seseorang lelaki itu mempunyai hak ke atas seorang lelaki yang lain (hutang yang diberi kepada orang lain), lalu dia menangguhkan waktu pembayaran kepada peminjam sehingga hari terakhir, maka baginya pahala sedekah. Sekiranya dia menangguhkannya setelah lebih dari tempoh asalnya, maka baginya pahala sedekah pada setiap hari (tersebut).
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6998]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.