Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا تأَهَّلَ الرَّجلُ في بلَدٍ فليُصلِّ بهِ صلاةَ المقيمِ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila seseorang lelaki itu berkahwin di suatu tempat maka hendaklah dia solat seperti mana solat orang yang bermukim.
Sahabat Perawi
- ‘Uthman Bin ‘Affan RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 924, hadis no. 4748. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عثمان بن عفان - رضي الله عنه - أنه صلى بأهل منى أربعا، فأنكر الناس عليه ذلك، فقال: إني تأهلت بأهل لما قدمت، وإني سمعت رسول الله - صلى الله عليه وسلم - يقول: إذا تأهل الرجل في بلد فليصل به صلاة المقيم. [حم، الحميدي، عبدالغني في سننه، فر، الضعيفة (2415)].
(Lemah) Daripada ‘Uthman bin ‘Affan RA bahawa dia telah solat bersama ahli penduduk Mina sebanyak empat rakaat. Lalu orang ramai mengingkari perbuatannya, lantas dia berkata: Sesungguhnya aku telah berkahwin dengan isteriku ketika mana aku sampai, dan sesungguhnya aku mendengar Rasulullah SAW telah bersabda: Apabila seseorang lelaki itu berkahwin di suatu tempat maka hendaklah dia solat seperti mana solat orang yang bermukim. [Riwayat Ahmad bin Hanbal dalam Musnad beliau, al-Humaidi dalam Musnad beliau, ‘Abd al-Ghaniyy dalam Sunan beliau, dan al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2415].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman