Apabila seseorang lelaki ditanya tentang saudaranya, maka dia mempunyai pilihan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إذا سئل الرجل عن أخيه فهو بالخيار إن شاء سكت وإن شاء قال فصدق.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila seseorang lelaki ditanya tentang saudaranya, maka dia mempunyai pilihan, sekiranya dia mahu, dia boleh berdiam diri, dan sekiranya dia mahu, dia boleh menjawab dengan jujur.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 141, hadis nombor 705. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن الحسن قال: قال صلى الله عليه وسلم: إِذَا سُئِلَ الرَّجُلُ عَنْ أَخِيهِ، فَهُوَ بِالْخِيَارِ إِنْ شَاءَ سَكَتَ وَإِنْ شَاءَ قَالَ فَصَدَقَ. [أبو داود في المراسيل، البيهقي في سننه، الضعيفة (6989)]

(Lemah)
Daripada al-Ḥasan beliau berkata: Nabi SAW bersabda: Apabila seseorang lelaki ditanya tentang saudaranya, maka dia mempunyai pilihan, sekiranya dia mahu, dia boleh berdiam diri, dan sekiranya dia mahu, dia boleh menjawab dengan jujur.
[Riwayat Abū Daūd dalam al-Marāsīl, al-Bayhaqī dalam Sunannya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6989]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.