TEKS BAHASA ARAB
إِذا خَتَمَ أحَدُكُمْ فَلْيقلِ: اللَّهُمَّ آنِسْ وَحْشَتِي في قبري.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Apabila seseorang kamu tamat bacaan al-Qur'an, maka hendaklah dia mengucapkan: "Ya Allah, tenangkanlah ketakutanku dalam kuburku".
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 12, hadis nombor 43. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Hadith ini juga termasuk hadith-hadith yang dinilai palsu oleh penulis (al-Suyuti) kerana ia melalui riwayat Ahmad bin 'Abdillah al-Juwaibari, beliau merupakan salah seorang perawi yang cekal berdusta dan memalsukan hadith.
RUJUKAN
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.