Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Apabila seseorang kamu tamat bacaan al-Qur'an

Teks Bahasa Arab

إِذا خَتَمَ أحَدُكُمْ فَلْيقلِ: اللَّهُمَّ آنِسْ وَحْشَتِي في قبري.

Teks Bahasa Melayu

Apabila seseorang kamu tamat bacaan al-Qur'an, maka hendaklah dia mengucapkan: "Ya Allah, tenangkanlah ketakutanku dalam kuburku".

Sahabat Perawi

  1. Abu Umamah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 12, hadis no. 43. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Hadith ini juga termasuk hadith-hadith yang dinilai palsu oleh penulis (al-Suyuti) kerana ia melalui riwayat Ahmad bin 'Abdillah al-Juwaibari, beliau merupakan salah seorang perawi yang cekal berdusta dan memalsukan hadith.

Rujukan

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.