Apabila seseorang kamu merasa susah dalam mengawal binatang peliharaannya

TEKS BAHASA ARAB

إذا استصعبت على أحدكم دابته أو ساء خلق زوجته أو أحد من أهل بيته فليؤذن في أذنه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila seseorang kamu merasa susah dalam mengawal binatang peliharaannya, atau isterinya yang berakhlak buruk, atau mana-mana ahli keluarganya, maka hendaklah dia melaungkan azan pada telinganya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1401, hadis nombor 7098. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
الحسين ابن علي بن أبي طالب رضي الله عنهما مرفوعا: إذا استصعبت على أحدكم دابته أو ساء خلق زوجته أو أحد من أهل بيته فليؤذن في أذنه.
[ فر بنحوه، ((الضعيفة)) (52)]

(Lemah)
Daripada al-Husain bin ‘Ali bin Abi Talib RA secara marfu’ (diriwayatkan daripada Nabi SAW): Apabila seseorang kamu merasa susah dalam mengawal binatang peliharaannya, atau isterinya yang berakhlak buruk, atau mana-mana ahli keluarganya, maka hendaklah dia melaungkan azan pada telinganya.
[Riwayat al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws dan seumpamanya. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 52]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs