Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Apabila seseorang kamu menulis Basmalah, maka panjangkanlah kalimah al-Rahman

Teks Bahasa Arab

إذا كتب أحدُكم: بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ فَلْيَمُدَّ الرَّحْمنَ.

Teks Bahasa Melayu

Apabila seseorang kamu menulis Basmalah, maka panjangkanlah kalimah al-Rahman.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1250, hadis no. 6379. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس بن مالك رضي الله عنه مرفوعا: إذا كتب أحدكم: بسم الله الرحمن الرحيم فليمد الرحمن. [الخطيب في ((الجامع))، الجرجاني، فر، ((الضعيفة)) (2699)]

(Palsu) Daripada Anas bin Malik RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila seseorang kamu menulis Basmalah, maka panjangkanlah kalimah al-Rahman. [Riwayat al-Khatib dalam al-Jami', al-Jurjani, al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2699]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.