Apabila seseorang kamu mahu tidur, dalam keadaan dia berniat untuk mendirikan solat pada waktu malam, hendaklah dia meletakkan segenggam tanah di sisinya

TEKS BAHASA ARAB

إذا نام أحدكم، وفي نفسه أن يصلي من الليل؛ فليضع قبضة من تراب عنده، فإذا انتبه؛ فليقبض بيمينه، ثم ليحصب عن شماله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila seseorang kamu mahu tidur, dalam keadaan dia berniat untuk mendirikan solat pada waktu malam, hendaklah dia meletakkan segenggam tanah di sisinya. Apabila dia terjaga, hendaklah dia genggam (tanah itu) dengan tangan kanannya kemudian dia lempar di sebelah kirinya.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 333, hadis nombor 1752. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل) عن النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيرٍ – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: ((إِذَا نَامَ أَحَدُكُمْ، وَفِي نَفْسِهِ أَنْ يُصَلِّيَ مِنَ اللَّيْلِ، فَلْيَضَعْ قَبْضَةً مِنْ تُرَابٍ عِنْدَهُ، فَإِذَا انْتَبَهَ، فَلْيَقْبِضْ بِيَمِينِهِ، ثُمَّ لِيَحْصِبْ عَنْ شِمَالِهِ)). [ابن حبان في الضعفاء، ابن الجوزي، طس، ((الضعيفة)) (6436)].

(Batil) Daripada al-Nu’man bin Bashir RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: “Apabila seseorang kamu mahu tidur, dalam keadaan dia berniat untuk mendirikan solat pada waktu malam, hendaklah dia meletakkan segenggam tanah di sisinya. Apabila dia terjaga, hendaklah dia genggam (tanah itu) dengan tangan kanannya kemudian dia lempar di sebelah kirinya.” [Riwayat Ibn Hibban dalam al-Du'afa', Ibn al-Jawzi dalam al-Mawdu'at dan al-Tabarani di dalam al-Mu'jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6436].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs