Batil
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِذَا نَامَ أَحَدُكُمْ، وَفِي نَفْسِهِ أَنْ يُصَلِّيَ مِنَ اللَّيْلِ؛ فَلْيَضَعْ قَبْضَةً مِنْ تُرَابٍ عِنْدَهُ، فَإِذَا انْتَبَهَ، فَلْيَقْبِضْ بِيَمِينِهِ، ثُمَّ لِيَحْصِبْ عَنْ شِمَالِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila seseorang kamu mahu tidur, dalam keadaan dia berniat untuk mendirikan solat pada waktu malam, hendaklah dia meletakkan segenggam tanah di sisinya. Apabila dia terjaga, hendaklah dia genggam (tanah itu) dengan tangan kanannya kemudian dia lempar di sebelah kirinya.
Sahabat Perawi
- al-Nu'man bin Bashir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Batil
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 333, hadis no. 1752. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Batil) Daripada al-Nu'man bin Bashir RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: “Apabila seseorang kamu mahu tidur, dalam keadaan dia berniat untuk mendirikan solat pada waktu malam, hendaklah dia meletakkan segenggam tanah di sisinya. Apabila dia terjaga, hendaklah dia genggam (tanah itu) dengan tangan kanannya kemudian dia lempar di sebelah kirinya.” [Riwayat Ibn Hibban dalam al-Du'afa', Ibn al-Jawzi dalam al-Mawdu'at dan al-Tabarani di dalam al-Mu'jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6436].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman