Classification icon

Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Apabila seseorang kamu keluar untuk membuang air besar atau air kecil, maka janganlah dia menghadap ke arah kiblat

Teks Bahasa Arab

إذا خرج أحدُكم يتغوَّطُ أو يبولُ؛ فلا يستقبلِ القبلةَ ولا يستدبرْها، ولا يستقبلِ الريحَ، وليتمسَّحْ ثلاثَ مراتٍ. وإذا خرج الرجلان جميعًا؛ فليتفرَّقا، ولا يجلسْ أحدُهما قريبًا من صاحبِه، ولا يتحدَّثان؛ فإنَّ اللَّهَ يمقتُ على ذلكَ.

Teks Bahasa Melayu

Apabila seseorang kamu keluar untuk membuang air besar atau air kecil, maka janganlah dia menghadap ke arah kiblat, janganlah juga membelakanginya, janganlah dia menghadap arah angin, hendaklah dia menyapu sebanyak 3 kali. Apabila dua orang lelaki keluar bersama (untuk membuang air), maka hendaklah keduanya berpisah dan janganlah salah seorangnya duduk berhampiran dengan kawannya, jangan juga kedua mereka berbual-bula kerana Allah murka terhadap perbuatan tersebut.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1217, hadis no. 6195. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا التمام) عن السائب الجهني، قال: إن النبي صلى الله عليه وسلم يقول: إذا خرج أحدكم يتغوط أو يبول؛ فلا يستقبل القبلة ولا يستدبرها، ولا يستقبل الريح، وليتمسح ثلاث مرات. وإذا خرج الرجلان جميعا؛ فليتفرقا، ولا يجلس أحدهما قريبا من صاحبه، ولا يتحدثان؛ فإن الله يمقت على ذلك. [الدولابي، ((الضعيفة)) (5704)]

(Munkar dengan lafaz lengkap ini) Daripada al-Sa'ib al-Juhani, katanya: Sesungguhnya Nabi SAW pernah bersabda: Apabila seseorang kamu keluar untuk membuang air besar atau air kecil, maka janganlah dia menghadap ke arah kiblat, janganlah juga membelakanginya, janganlah dia menghadap arah angin, hendaklah dia menyapu sebanyak 3 kali. Apabila dua orang lelaki keluar bersama (untuk membuang air), maka hendaklah keduanya berpisah dan janganlah salah seorangnya duduk berhampiran dengan kawannya, jangan juga kedua mereka berbual-bula kerana Allah murka terhadap perbuatan tersebut. [Riwayat al-Dulabi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5704]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.