Apabila seseorang kamu keluar daripada tempat membuang air, maka ucapkanlah: Alhamdulillah

TEKS BAHASA ARAB

إذا خرج أحدكم من الخلاء؛ فليقل: الحمد لله الذي أذهب عني ما يؤذيني، وأمسك علي ما ينفعني.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila seseorang kamu keluar daripada tempat membuang air, maka ucapkanlah: Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan najis yang menyakitiku dan membiarkan kepadaku apa yang boleh memberikan manfaat kepadaku.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1217, hadis nombor 6194. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن طاوس قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إذا خرج أحدكم من الخلاء؛ فليقل: الحمد لله الذي أذهب عني ما يؤذيني، وأمسك علي ما ينفعني.
[ش، ((الضعيفة)) (5659)]

(Munkar)
Daripada Tawus, katanya: Rasulullah SAW pernah bersabda: Apabila seseorang kamu keluar daripada tempat membuang air, maka ucapkanlah: Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan najis yang menyakitiku dan membiarkan kepadaku apa yang boleh memberikan manfaat kepadaku.
[Riwayat Ibn Abi Shaybah dalam al-Musannaf. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5659]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs