Apabila seseorang kamu ingin melakukan sesuatu, maka berdoalah kepada Allah SWT

TEKS BAHASA ARAB

إذا أراد أحدكم أمرا فليقل: اللهم إني أستخيرك بعلمك، وأستقدرك بقدرتك، وأسألك من فضلك، فإنك تقدر ولا أقدر، وتعلم ولا أعلم وأنت غلام الغيوب. اللهم إن كان كذا وكذا – من الأمر الذي يريد – لي خيرا في ديني ومعيشتي وعاقبة أمري، [فاقدره لي، ويسره لي، وأعني عليه]، وإلا فاصرفه عني، واصرفني عنه، ثم قدر لي الخير أينما كان، لا حول ولا قوة إلا بالله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila seseorang kamu ingin melakukan sesuatu, maka ucapkanlah: Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon petunjuk kepada-Mu berdasarkan ilmu-Mu, aku memohon kekuatan kepada-Mu dengan kekuatan-Mu, aku memohon kepada-Mu sebahagian kurniaan-Mu, kerana sesungguhnya Engkau berkuasa sedangkan aku pula tidak berkuasa, Engkau mengetahui sedangkan aku pula tidak mengetahui, Engkau Maha Tahu perkara ghaib. Ya Allah! Sekiranya perkara sekian sekian – iaitu perkara yang dia inginkan – adalah baik kepadaku pada urusan agamaku, kehidupanku dan kesudahanku, [maka takdirkanlah ia untukku, permudahkanlah ia kepadaku dan bantulah aku untuk melakukannya], jika tidak maka palingkanlah ia daripadaku dan palingkanlah aku daripadanya, kemudian takdirkanlah kebaikan kepadaku walau dimanapun ia berada, tidak ada upaya dan tidak ada kekuatan melainkan dengan izin Allah SWT.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1428, hadis nombor 7255. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه، قال: سمعت النبي ﷺ يقول: إذا أراد أحدكم أمرا فليقل: اللهم إني أستخيرك بعلمك، وأستقدرك بقدرتك، وأسألك من فضلك، فإنك تقدر ولا أقدر، وتعلم ولا أعلم وأنت غلام الغيوب. اللهم إن كان كذا وكذا – من الأمر الذي يريد – لي خيرا في ديني ومعيشتي وعاقبة أمري، [فاقدره لي، ويسره لي، وأعني عليه]، وإلا فاصرفه عني، واصرفني عنه، ثم قدر لي الخير أينما كان، لا حول ولا قوة إلا بالله.
[ع، حب، هب، ((الضعيفة)) (2305)]

(Lemah)
Daripada Abi Sa’id al-Khudri RA, katanya: Aku mendengar Nabi SAW bersabda: Apabila seseorang kamu ingin melakukan sesuatu, maka ucapkanlah: Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon petunjuk kepada-Mu berdasarkan ilmu-Mu, aku memohon kekuatan kepada-Mu dengan kekuatan-Mu, aku memohon kepada-Mu sebahagian kurniaan-Mu, kerana sesungguhnya Engkau berkuasa sedangkan aku pula tidak berkuasa, Engkau mengetahui sedangkan aku pula tidak mengetahui, Engkau Maha Tahu perkara ghaib. Ya Allah! Sekiranya perkara sekian sekian – iaitu perkara yang dia inginkan – adalah baik kepadaku pada urusan agamaku, kehidupanku dan kesudahanku, [maka takdirkanlah ia untukku, permudahkanlah ia kepadaku dan bantulah aku untuk melakukannya], jika tidak maka palingkanlah ia daripadaku dan palingkanlah aku daripadanya, kemudian takdirkanlah kebaikan kepadaku walau dimanapun ia berada, tidak ada upaya dan tidak ada kekuatan melainkan dengan izin Allah SWT.
[Riwayat Abu Ya'la dalam al-Musnad, Ibn Hibban dan al-Baihaqi dalam Shu'ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2305]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs