Apabila seseorang kamu berwuduk, maka janganlah dia membasuh telapak kedua kakinya

TEKS BAHASA ARAB

إذا توضأ أحدكم فلا يغسلن أسفل رجليه بيده اليمنى.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila seseorang kamu berwuduk, maka janganlah dia membasuh telapak kedua kakinya menggunakan tangan kanannya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1196, hadis nombor 6070. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أبي هريرة رضي الله عنه مرفوعا: إذا توضأ أحدكم فلا يغسلن أسفل رجليه بيده اليمنى.
[عد، ((الضعيفة)) (1525)]

(Palsu)
Daripada Abi Hurairah RA secara marfu’: Apabila seseorang kamu berwuduk, maka janganlah dia membasuh telapak kedua kakinya menggunakan tangan kanannya.
[Riwayat Ibn 'Adiy. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1525]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.