Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا توضَّأَ أحدُكُم فلا يغسِلنَّ أسفلَ رجليهِ بيدِهِ اليُمنى.
Teks Bahasa Melayu
Apabila seseorang kamu berwuduk, maka janganlah dia membasuh telapak kedua kakinya menggunakan tangan kanannya.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1196, hadis no. 6070. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي هريرة رضي الله عنه مرفوعا: إذا توضأ أحدكم فلا يغسلن أسفل رجليه بيده اليمنى. [عد، ((الضعيفة)) (1525)]
(Palsu) Daripada Abi Hurairah RA secara marfu': Apabila seseorang kamu berwuduk, maka janganlah dia membasuh telapak kedua kakinya menggunakan tangan kanannya. [Riwayat Ibn 'Adiy. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1525]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman