Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِذَا تَزَوَّجَ أَحَدُكُمُ امْرَأَةً فَكَانَ لَيْلَةَ الْبِنَاءِ؛ فَلْيُصَلِّ رَكْعَتَيْنِ وَلْيَأْمُرْهَا فَلْتُصَلِّ خَلْفَهُ؛ فَإِنَّ اللَّهَ جَاعِلٌ فِي الْبَيْتِ خَيْرًا.
Teks Bahasa Melayu
Apabila seseorang kamu berkahwin dengan seorang wanita lalu tiba malam pertama, maka dirikanlah solat dua rakaat, dan perintahkanlah isteri agar dia menjadi makmum, kerana sesungguhnya Allah akan menjadikan kebaikan di dalam rumah itu.
Sahabat Perawi
- Salman RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 333, hadis no. 1750. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن سَلْمَانَ - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: ((إِذَا تَزَوَّجَ أَحَدُكُمُ امْرَأَةً فَكَانَ لَيْلَةَ الْبِنَاءِ؛ فَلْيُصَلِّ رَكْعَتَيْنِ وَلْيَأْمُرْهَا فَلْتُصَلِّ خَلْفَهُ؛ فَإِنَّ اللَّهَ جَاعِلٌ فِي الْبَيْتِ خَيْرًا)). [البزار، ((الضعيفة)) (6470)].
(Munkar) Daripada Salman RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: “Apabila seseorang kamu berkahwin dengan seorang wanita lalu tiba malam pertama, maka dirikanlah solat dua rakaat, dan perintahkanlah isteri agar dia menjadi makmum, kerana sesungguhnya Allah akan menjadikan kebaikan di dalam rumah itu.” [Riwayat al-Bazzar dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6470].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman