Classification icon

Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Apabila seseorang kamu berdoa, maka hendaklah dia mengaminkan sendiri doa tersebut

Teks Bahasa Arab

إذا دعا أحدُكم فلْيُؤَمِّنْ على دعاءِ نَفْسِهِ.

Teks Bahasa Melayu

Apabila seseorang kamu berdoa, maka hendaklah dia mengaminkan sendiri doa tersebut.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1424, hadis no. 7230. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي هريرة رضي الله عنه مرفوعا: إذا دعا أحدكم فليؤمن على دعاء نفسه. [عد، ((الضعيفة)) (1804)]

(Sangat lemah) Daripada Abi Hurairah RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila seseorang kamu berdoa, maka hendaklah dia mengaminkan sendiri doa tersebut. [Riwayat Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du'afa'. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1804]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.