Apabila seseorang kamu berdarah hidung ketika dia solat

TEKS BAHASA ARAB

إذا رعف أحدكم في صلاته؛ فلينصرف فليغسل عنه الدم ثم ليعد وضوءه وليستقبل صلاته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila seseorang kamu berdarah hidung ketika dia solat, maka berpalinglah lalu basuhlah darah tersebut, kemudian ulangilah wuduknya dan lakukanlah solatnya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1201, hadis nombor 6101. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن ابن عباس رضي الله عنهما مرفوعا: إذا رعف أحدكم في صلاته؛ فلينصرف فليغسل عنه الدم ثم ليعد وضوءه وليستقبل صلاته.
[عد، طب، قط، ((الضعيفة)) (2531)]

(Sangat Lemah)
Daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu’: Apabila seseorang kamu berdarah hidung ketika dia solat, maka berpalinglah lalu basuhlah darah tersebut, kemudian ulangilah wuduknya dan lakukanlah solatnya.
[Riwayat Ibn 'Adi, al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir dan al-Daraqutni. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2531]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.