Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا رَعَف أحدُكم في صلاتِه ، فَلْيَنْصَرِفْ فَلْيَغْسِلْ عنه الدَّمَ ثم لِيُعِدْ وُضوءَه ولْيَسْتَقْبِلْ صلاتَه.
Teks Bahasa Melayu
Apabila seseorang kamu berdarah hidung ketika dia solat, maka berpalinglah lalu basuhlah darah tersebut, kemudian ulangilah wuduknya dan lakukanlah solatnya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1201, hadis no. 6101. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن ابن عباس رضي الله عنهما مرفوعا: إذا رعف أحدكم في صلاته؛ فلينصرف فليغسل عنه الدم ثم ليعد وضوءه وليستقبل صلاته. [عد، طب، قط، ((الضعيفة)) (2531)]
(Sangat Lemah) Daripada Ibn 'Abbas RA secara marfu': Apabila seseorang kamu berdarah hidung ketika dia solat, maka berpalinglah lalu basuhlah darah tersebut, kemudian ulangilah wuduknya dan lakukanlah solatnya. [Riwayat Ibn 'Adi, al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir dan al-Daraqutni. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2531]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman