Apabila seseorang itu tidur sebelum solat isyak, dua malaikat akan berdiri di sisinya

TEKS BAHASA ARAB

إذا رقد المرء قبل ان يصلي العتمة؛ وقف عليه ملكان يوقظانه يقولان: الصلاة ثم يوليان عنه؛ ويقولان: رقد الخاسر وأبى.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila seseorang itu tidur sebelum solat isyak, dua malaikat akan berdiri di sisinya, mereka cuba menyedarkannya sambil berkata: "Solat". Kemudian kedua-dua mereka berpaling daripadanya seraya berkata: “Orang rugi telah tidur dan enggan.”

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 333, hadis nombor 1751. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي هريرة – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: ((إذا رَقَدَ المرءُ قبل ان يصليَ العَتَمَةَ؛ وقفَ عليه ملكانِ يوقِظانِه يقولانِ: الصلاةُ ثم يُوَلَّيانِ عنه؛ ويقولان: رَقَدَ الخاسرُ وأبى)). [عد، خط، ابن الجوزي، ((الضعيفة)) (6095)].

(Palsu) Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: “Apabila seseorang itu tidur sebelum solat isyak, dua malaikat akan berdiri di sisinya, mereka cuba menyedarkannya sambil berkata: "Solat". Kemudian kedua-dua mereka berpaling daripadanya seraya berkata: “Orang rugi telah tidur dan enggan.” [Riwayat Ibn 'Adi dalam al-Kamil, al-Khatib dalam al-Tarikh dan Ibn al-Jawzi dalam al-Mawdu'at. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6095].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs