Apabila seseorang itu telah masuk ke dalam syurga, dia bertanya berkenaan kedua ibubapanya, isterinya dan anaknya

TEKS BAHASA ARAB

إذا دخل الرجل الجنة سأل عن أبويه وزوجته وولده، فيقال: إنهم لم يبلغوا درجتك وعملك، فيقول: يا رب! قد عملت لي ولهم، فيؤمر بإلحاقهم به، وقرأ ابن عباس: {والذين آمنوا واتبعتهم ذريتهم بإيمان…} إلى آخر الآية.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila seseorang itu telah masuk ke dalam syurga, dia bertanya berkenaan kedua ibubapanya, isterinya dan anaknya. Lalu dikatakan kepadanya: Sesungguhnya mereka itu tidak mencapai darjatmu dan amalanmu. Lalu lelaki itu berkata: Wahai Tuhan! Aku beramal untukku dan untuk mereka. Lalu diperintahkan agar diletakkan mereka bersama dia. Ibn ‘Abbas pun membaca: {Dan orang-orang beriman yang diikuti oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman…} [Surah al-Tur ayat 21] Hingga akhir ayat.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1248, hadis nombor 6369. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن ابن عباس رضي الله عنهما، عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: إذا دخل الرجل الجنة سأل عن أبويه وزوجته وولده، فيقال: إنهم لم يبلغوا درجتك وعملك، فيقول: يا رب! قد عملت لي ولهم، فيؤمر بإلحاقهم به، وقرأ ابن عباس: {والذين آمنوا واتبعتهم ذريتهم بإيمان…} إلى آخر الآية.
[طب، طص، ((الضعيفة)) (2602)]

(Palsu)
Daripada Ibn ‘Abbas RA daripada Nabi SAW, katanya: Apabila seseorang itu telah masuk ke dalam syurga, dia bertanya berkenaan kedua ibubapanya, isterinya dan anaknya. Lalu dikatakan kepadanya: Sesungguhnya mereka itu tidak mencapai darjatmu dan amalanmu. Lalu lelaki itu berkata: Wahai Tuhan! Aku beramal untukku dan untuk mereka. Lalu diperintahkan agar diletakkan mereka bersama dia. Ibn ‘Abbas pun membaca: {Dan orang-orang beriman, juga zuriat-zuriat mereka mengikuti mereka dalam beriman…} [Surah al-Tur ayat 21] Hingga akhir ayat.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir, al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Saghir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2602]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs