Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا دخلَ الرَّجلُ الجنَّةَ سألَ عن أبويْهِ وزوجتِهِ وولدِهِ، فيقالُ: إنَّهم لم يبلُغوا درجتَكَ وعملَكَ، فيقولُ: يا ربِّ! قد عمِلتُ لي ولَهم، فيؤمَرُ بإلحاقِهم بِه، وقرأَ ابنُ عبَّاسٍ: {وَالَّذِينَ آمَنُوا وَاتَّبَعَتْهُمْ ذُرِّيَّتُهُم بِإِيمَانٍ...} إلى أخر الآيةِ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila seseorang itu telah masuk ke dalam syurga, dia bertanya berkenaan kedua ibubapanya, isterinya dan anaknya. Lalu dikatakan kepadanya: Sesungguhnya mereka itu tidak mencapai darjatmu dan amalanmu. Lalu lelaki itu berkata: Wahai Tuhan! Aku beramal untukku dan untuk mereka. Lalu diperintahkan agar diletakkan mereka bersama dia. Ibn 'Abbas pun membaca: {Dan orang-orang beriman yang diikuti oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman…} [Surah al-Tur ayat 21] Hingga akhir ayat.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1248, hadis no. 6369. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عباس رضي الله عنهما، عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: إذا دخل الرجل الجنة سأل عن أبويه وزوجته وولده، فيقال: إنهم لم يبلغوا درجتك وعملك، فيقول: يا رب! قد عملت لي ولهم، فيؤمر بإلحاقهم به، وقرأ ابن عباس: {والذين آمنوا واتبعتهم ذريتهم بإيمان...} إلى آخر الآية. [طب، طص، ((الضعيفة)) (2602)]
(Palsu) Daripada Ibn 'Abbas RA daripada Nabi SAW, katanya: Apabila seseorang itu telah masuk ke dalam syurga, dia bertanya berkenaan kedua ibubapanya, isterinya dan anaknya. Lalu dikatakan kepadanya: Sesungguhnya mereka itu tidak mencapai darjatmu dan amalanmu. Lalu lelaki itu berkata: Wahai Tuhan! Aku beramal untukku dan untuk mereka. Lalu diperintahkan agar diletakkan mereka bersama dia. Ibn 'Abbas pun membaca: {Dan orang-orang beriman, juga zuriat-zuriat mereka mengikuti mereka dalam beriman…} [Surah al-Tur ayat 21] Hingga akhir ayat. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir, al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Saghir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2602]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman