Apabila seseorang itu selesai dari solatnya lalu dia membaca

TEKS BAHASA ARAB

إذا فرغ الرجل من صلاته فقال: رضيت بالله ربا، وبالإسلام دينا، وبالقرآن إماما، كان حقا على الله عز وجل أن يرضيه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila seseorang itu selesai dari solatnya lalu dia membaca: رضيتُ بالله ربًا، وبالإسلامِ دِينًا، وبالقرآن إمامًا (Aku reda dengan Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Quran sebagai panduan). Maka menjadi hak Allah Azzawajalla untuk meredainya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 349, hadis nombor 1839. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن الزبير -رضي الله عنه- مرفوعا: ((إذا فرغ الرجل من صلاته فقال: رضيت بالله ربا، وبالإسلام دينا، وبالقرآن إماما، كان حقا على الله عز وجل أن يرضيه)).
[أبو نصر السجزي في ((الإبانة))، عبد الغني المقدسي في ((الجزء الثالث والتسعين))، ((الضعيفة)) (970)]

(Palsu) Daripada al-Zubair RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila seseorang itu selesai dari solatnya lalu dia membaca: رضيتُ بالله ربًا، وبالإسلامِ دِينًا، وبالقرآن إمامًا (Aku reda dengan Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Quran sebagai panduan). Maka menjadi hak Allah Azzawajalla untuk meredainya.
[Riwayat Abū Naṣr al-Sijzī dalam Kitab al-Ibānah, ‘Abd al-Ghanī al-Maqdisī dalam Juzu’ 93. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 970]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs