Apabila seseorang itu berwuduk, gugurlah dosa-dosanya sebagaimana gugurnya daun-daun pokok ini

TEKS BAHASA ARAB

إذا توضأ العبدُ تحاتَّتْ عنه ذنوبه كما تحاتّ ورق هذه الشجر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila seseorang itu berwuduk, gugurlah dosa-dosanya sebagaimana gugurnya daun-daun pokok ini.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1101, hadis nombor 5580. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي عثمان قال: غزوت مع سلمان غزْوةً فلما حضرت الصلاة دعا بماء ثم تناول شجارة فحركها فتحات ورقها فقال: سلوني لِمَ فعلت هذا؟ فسألوه فقال: غزوت مع رسول الله صلى الله عليه وسلم ففعل مثل هذا، فقال: إذا توضأ العبدُ تحاتَّتْ عنه ذنوبه؛ كما تحاتّ ورق هذه الشجرة. [هب، الضعيفة (6983)].

(Lemah) Daripada Abu ‘Uthman, beliau menceritakan: Aku pernah menyertai sebuah peperangan bersama Salman. Apabila tiba waktu solat, Salman meminta sebekas air, kemudian beliau menggoncang sepohon pokok. Maka berguguran daun-daunnya. Beliau berkata: Tanyalah kepada aku mengapa aku lakukan sedemikian. Maka orang ramai pun bertanya beliau perihal itu. Beliau menjelaskan: Aku pernah menyertai sebuah peperangan bersama Rasulullah SAW, Baginda melakukan sepertimana yang aku lakukan. Baginda bersabda: Apabila seseorang itu berwuduk, gugurlah dosa-dosanya sebagaimana gugurnya daun-daun pokok ini. [Riwayat al-Baihaqi dalam Shu‘ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 6984]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs