TEKS BAHASA ARAB
إذا ما استيقظ الرجل من منامه فقال: سبحان الله الذي يحيي الموتى وهو على كل شيء قدير، قال الله: صدق عبدي وشكر، ويقول عند ذلك: اللهم اغفر لي ذنبي يوم تبعثني من قبري، اللهم قني عذابك يوم تبعث عبادك.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Apabila seseorang itu bangun daripada tidurnya, lalu dia mengucapkan: "Maha Suci Allah yang telah menghidupkan orang yang mati dan Dia berkuasa atas tiap-tiap sesuatu", Allah berfirman: "Hamba-Ku berkata benar dan dia bersyukur". Dia pun berdoa pada ketika itu: Ya Allah! Ampunilah dosaku pada hari aku dibangkitkan daripada kuburku. Ya Allah! Peliharalah aku daripada azab-Mu pada hari Engkau membangkitkan hamba-hamba-Mu.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1438, hadis nombor 7311. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن أبي سعيد رضي الله عنه، قال: قال رسول الله ﷺ: إذا ما استيقظ الرجل من منامه فقال: سبحان الله الذي يحيي الموتى وهو على كل شيء قدير، قال الله: صدق عبدي وشكر، ويقول عند ذلك: اللهم اغفر لي ذنبي يوم تبعثني من قبري، اللهم قني عذابك يوم تبعث عبادك.
[الخرائطي في ((مكارم الأخلاق))، ((الضعيفة)) (2638)].
(Lemah)
Daripada Abū Sa‘īd RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang itu bangun daripada tidurnya, lalu dia mengucapkan: "Maha Suci Allah yang telah menghidupkan orang yang mati dan Dia berkuasa atas tiap-tiap sesuatu", Allah berfirman: "Hamba-Ku berkata benar dan dia bersyukur". Dia pun berdoa pada ketika itu: Ya Allah! Ampunilah dosaku pada hari aku dibangkitkan daripada kuburku. Ya Allah! Peliharalah aku daripada azab-Mu pada hari Engkau membangkitkan hamba-hamba-Mu.
[Riwayat al-Kharāiṭī dalam Makārim al-Akhlāq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2638].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.